Monday, May 12, 2008







BIL : JPNJ / PIBG /

PERSATUAN IBUBAPA GURU-GURU

AKTA PELAJARAN 1961

(Kedah-kaedah Persatuan Ibubapa – Guru-guru, 1973)

P.U. (A) 146


Dengan ini diperakui bahawa


Persatuan Ibubapa – Guru-guru Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM,
SIMPANG RENGGAM JOHOR.

telah didaftarkan di bawah Kaedah-kaedah Persatuan Ibubapa – Guru-guru,
1973 dan diberi nombor pendaftaran

JPNJ / PIBG /

2. Perlembagaan bagi Persatuan tersebut telah diluluskan.

Jabatan Pendidikan Johor (HJ RASHDI BIN RAMLAN)
Tarikh PENDAFTAR SEKOLAH
JOHOR







PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA – GURU-GURU
AKTA PELAJARAN, 1961

(Kaedah-kaedah Persatuan Ibubapa – Guru-guru, 1973)

Kaedah A. Nama dan alamat :

(1) Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Persatuan Ibubapa – Guru-guru SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM, SIMPANG RENGGAM, JOHOR.
(2) Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM, SIMPANG RENGAM, JOHOR.

Kaedah B. Maksud-maksud dan tujuan-tujuan persatuan :

(1) Maksud-maksud Persatuan ialah :
(a) Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM.
(b) Untuk membantu menambah usaha SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
(c) Untuk membolehkan ibu-ibu bapa dan guru-guru di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya ; dan
(d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa-ibubapa di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara-cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

(2) Tujuan-tujuan persatuan ialah :
(a) Untuk menentukan supaya murid-murid di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka;
(b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka, baik di rumah mahupun di sekolah ; dan
(c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

Kaedah C. Tempat diadakan mesyuarat ;

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM,
SIMPANG RENGAM,
JOHOR.


Kaedah D. (1) Keanggotaan

Tiap-tiap ibubapa dan guru di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM adalah ditafsirkan sebagai ahli persatuan ini.

(2) Jawatankuasa
(i) Suatu jawatankuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat Agung Tahunan:
a) Yang Dipertua
b) Naib Yang Dipertua
c) Setiausaha Kehormat
d) Bendahari Kehormat
e) 8 (lapan) orang ahli jawatankuasa

(ii) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(iii) Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa hendaklah dipenuhi oleh jawatankuasa dengan melantik seorang ahli jawatankuasa yang akan memegang jawatan hingga mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

(3) Tugas-tugas Jawatankuasa
(i) Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan persatuan dan membuat keputusan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.

(ii) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan dan 14 hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.

(iii) Yang Dipertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.

(4) Tugas Pegawai-pegawai
(i) Yang Dipertua hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat Agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan tanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya, Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatannya.

(ii) Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan rekod-rekod lain. Ia hendaklah menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada mesyuarat Agung Tahunan dan minit-minit yang berkenaan dengannya.

(iii) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 1 Februari dan diserahkan untuk diaudit.

Kaedah E. Pendapatan
Persatuan hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang ke dalam mana hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan, dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan.

Kaedah F. Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan.
(i) Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan ialah jawatankuasa persatuan dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.

(ii) Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM100.00 (RM : Satu ratus sahaja) pada suatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh jawatankuasa. Akuan bank itu hendaklah atas nama persatuan.

(iii) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akuan persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Yang Dipertua atau Setiausaha.

(iv) Tahun Kewangan persatuan ialah 1 Januari hingga 31 Disember.


Kaedah G. Penyimpan Akuan-akuan Pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan

(i) Akuan persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi ahli jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalonkan oleh ahli-ahli persataun dalam mesyuarat Agung Tahunan.

(ii) Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan.

(iii) Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Johor.



Kaedah H. Koram Mesyuarat.

(i) Koram bagi mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang daripada 50 (lima puluh) orang ahli.

(ii) Koram bagi mesyuarat jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli jawatankuasa.


Kaedah I. Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar.

(i) Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.

(ii) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mei.

(iii) Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan :
(a) apabila difikirkan perlu oleh ahli-ahli jawatankuasa.
(b) atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 20 orang ahli persatuan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut.

(iv) Sekurang-kurangnya empat belas (14) Hari notis hendaklah diberi secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh (7) Hari notis bertulis bagi Mesyuarat Agung Tergempar.

(v) Urusan Mesyuarat Agung Tahunan ialah menerima laporan jawatankuasa dan Penyata Kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan.

(vi) Urusan mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada maksud-maksud mesyuarat itu diadakan.


Kaedah J. Pindaan Perlembagaan Persatuan.

Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat Agung. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah Johor.

Kaedah K. Harta dan Amanah

(i) Persatuan adalah mempunyai kuasa untu mempunyai, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta takalih yang mana pada pendapatnya dikira akan memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.

(ii) Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta takalih kepunyaaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh jawatankuasa.

(iii) Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung ahli-ahli.

(iv) Seorang pemegang amanah boleh dilucutkan jawatannya oleh jawatankuasa disebabkan uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya denagn memuaskan. Jika berlaku kematian, letak jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh jawatankuasa sehingga pemegang amanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat.

(v) Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.

Kaedah L. Larangan

(i) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan-kakitangan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM.

(ii) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara lain yang berkaitan di antara Persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Kaedah M. Tafsiran

Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat jawatankuasa. Keputusan mengenai perkara itu adalah muktamad.

Kaedah N. Pembubaran

Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah Johor. Segala harta alih atau harta takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah Johor.






Yang Dipertua Persatuan
Nama Penuh : ………………………………..
Tarikh : ……………………….


.……………………………. Setiausaha Kehormat Persatuan
(HJ.RASHDI BIN RAMLAN) Nama Penuh : ………………………………..
Pendaftar Sekolah Johor. Tarikh : ……………………….
Tarikh : …………………..

Bendahari Kehormat Persatuan
Nama Penuh : ………………………………..
Tarikh : ……………………….




PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK SIMPANG RENGAM

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9
SESI 2008 / 2009
(akan dijadikan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 10 sesi 2009/2010)

Tarikh : 22 Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 – 1.00 petang
Tempat : Dewan Jauhari SMKSR

Kehadiran AJK

Pn Hjh Rohani bt Bakar
Tn Hj Togimat b. Yusof
En. Zulkifli b Md Pungot
Pn Chong Wei Lee
Pn Zakiah bt Hassan
Pn Rushizah bt Basir
En Abd Taib b Bakar
En Hanafi b Jasman
En Low Wee Soon
En Mohd Sahrun b Pardi
En Abd Aziz b Mustafa
Ust Khairol Faizi b Abd Hamid
Ust Ramli b Hj Nawawi
En Subri b. Bani
Pn Salrahfiahhasliza bt Salleh

AJK Tidak Hadir
En Nawawi b Jusoh
En Abd Hamid b. Moihedden
En Rengasamy a/l Ramasmy

















AGENDA MESYUARAT
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan YDP PIBG SMKSR sesi 2008/2009
Ucapan Pengetua Kanan SMKSR
Ucapan Perasmian Majlis
YDP mempengerusikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
Pemilihan AJK PIBG
Pembentangan Usul-usul
Penangguhan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI Ke- 9 (2008)
1. Bacaan Doa
2. Ucapan alu-aluan Yang Di Pertua PIBG
3. Ucapan alu-aluan Pengetua
4. Membentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 8 (2007)
5. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 8 (2007)
6. Perkara-Perkara Berbangkit
7. Mengesahkan Laporan Kewangan Yang Berakhir pada 31 Disember 2007
8. Hal-hal lain













PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM
KM 72 JALAN JOHOR, 86200 SIMPANG RENGAM, KLUANG JOHOR.
TEL: 07-7558012, FAX: 07-7558012

Rujukan Kami: SMKSR/ 08/01/(40)
Tarikh: 6 FEBRUARI 2008

Ibubapa dan Penjaga
Pelajar SMK Simpang Rengam
86200 Simpang Rengam Johor.

Melalui:

Pengetua
SMK Simpang Rengam
Km 72 Jalan Johor, 86200 Simpang Rengam, Johor.

Y.B Datuk/Y.B. Dato’/Datin/ Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMKSR KALI KE - 9 SESI 2008/2009.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Simpang Rengam telah mengambil keputusan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 9 sesi 2008/2009 mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 22 MAC 2008 (SABTU)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan Jauhari SMK Simpang Rengam.

2. Sehubungan itu , Ahli Jawatankuasa PIBG berbesar hati menjemput
Y.B Datuk/Y.B. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, ke majlis Mesyuarat Agung PIBG tersebut.

3. Bersama-sama ini saya sertakan Borang Usul A dan Borang Jawapan Kehadiran. Kerjasama Y.B Datuk/ Y.B. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

……………………………….
(ZULKIFLI BIN HJ MD PUNGOT)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Simpang Rengam.
H/P: 019-7412493



Borang Usul (A)
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 9 SESI 2008/2009
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM
KM 72 JALAN JOHOR 86200, SIMPANG RENGGAM JOHOR.
Tel: 07-7558012

NAMA PENJAGA:_________________________________________________________________
NO. K/P: _____________________________________________________________________ NO.TELEFON:____________________________ H/P:____________________________________
NAMA ANAK: ___________________________TINGKATAN:____________________________
NO K/P:_____________________________PEKERJAAN: _______________________________ SUMBANGAN:Ringgit Malaysia:_____________________________________________________
USUL/ CADANGAN (Ada- Nyatakan/ Jika Tiada – tulis tiada)*:____________________________

Borang Jawapan (A)
SURAT SETUJU HADIR/ TIDAK HADIR*

Saya……………………………………………ibu bapa/ penjaga* kepada anak/anak jagaan* saya bernama………………….……………………. di Tingkatan ……………………..… bersetuju untuk hadir/tidak hadir* ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 9 sesi 2008/2009.

Sekian terima kasih.

____________________
Tanda Tangan Ibu/ Bapa/ Penjaga
Nota : Sila kembalikankepada EN. ZULKIFLI B HJ MD PUNGOT Setiausaha Kehormat PIBG SMKSR sebelum atau pada : Isnin 17 Mac 2008 (untuk persiapan tempat dan jamuan)

*********************************** potong di sini**********************************

Sila bawa keratan di bawah semasa pendaftaran 22 MAC 2008 (SABTU)


Nama ibu/ bapa/ penjaga
Nama anak/ anak jagaan
Tingkatan













* potong mana yang tidak berkenaan

1. Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Kata-kata aluan oleh YDP PIBG selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat Agung PIBG

2. Bacaan Doa
2.1 Disampaikan oleh Tn Hj Khairol Fai’zi b Abd Hamid

3. Ucapan YDP PIBG ( Tn Hj Togimat b. Yusof)
3.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan warga guru
3.2 Bersyukur dapat mengadakan mesyuarat Agung kali ke 9 sesi 2008/2009
3.3 Mengharapkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru dalam menjayakan segala program
sekolah dan persatuan
3.4 Memohon ibu bapa dapat mengawal tingkah laku anak-anak semasa di rumah dan di luar rumah.
3.5 Mengharapkan supaya hubungan PIBG dan pihak sekolah rapat dan selalu menghubungi pihak
sekolah jika ada masalah anak-anak
3.6 Mengucapkan syabas kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mencapai
keputusan cemerlang dan pencapaian terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM
baru-baru ini. Oleh yang demikian YDP PIBG memaklumkan pelajar-pelajar ini
akan mendapat imbuhan daripada PIBG sekolah.
3,7 YDP merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 sesi 2008/2009

2. Ucapan Pengetua Kanan SMKSR ( Pn Hjh Rohani bt Bakar)
2.1 Mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadoran ibu bapa serta guru-guru
2.2 Menyatakan senario SMKSR
2.2.1. Memaklumkan jumlah pelajar SMKSR pada tahun ini meningkat kepada
jumlah 2105 orang Memaklumkan guru-guru SMKSR mencukupi
dengan bilangan 120 orang
2.2.2 Memaklumkan bangunan 4 tingkat yang mempunyai 12 bilik darjah di
jangka siap September ini bagi menampung kelas terapung.
2.3.3 Mengumumkan keputusan PMR dan SPM 2007
- PMR : 74.4 %
-GPMP PMR : 2.96%
- SPM : 93.07%
-GPMP SPM : 5.69 %
2.3.4 Menyatakan jumlah pelajar yang mendapat perfect score PMR 2007 ialah
seramai 11 orang dan SPM ialah seorang iaitu Mohd Afiq Ashraf b. Abd
Sail dengan mendapat 12A
2.3.5 Menyatakan pencapaian sukan SMKSR tempat ke 6 peringkat daerah
Kluang dalam olahraga baru-baru ini dengan 4 pingat emas dan salah
seorang pelajar SMKSR terpilih sebagai peserta terbaik Bawah 13 tahun dan akan mewakili daerah Kluang ke peringkat negeri.
2.3.6 Pusat Sumber Sekolah terpilih sebagai Johan Pusat Sumber Negeri dan wakil negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan
2.3.7 Memaklumkan program menyumbang 1 keluarga 1 al-Quran
2.3.8 Menyatakan pada tahun 2007 Koperasi SMKSR berjaya mengekalkan pencapaian Koperasi 5 Bintang pada peringkat Kebangsaan.
2.3.9 Mengharapkan disiplin pelajar tidak sampai ke tahap buang sekolah dan beliau juga memaklumkan pelajar yang membawa telefon bimbit ke kawasan sekolah pada bila-bila masa akan dikenakan penggantungan sekolah selama 2 minggu.
2.3.10 Mengharapkan kepada semua ibu bapa dapat mengawasi pergerakan anak-anak.
2.3.11 Pengetua mengharapkan sasaran pada 2008 dalam peperiksaan PMR dan SPM iaitu :
- PMR : 83% dengan bilangan Perfect Score seramai 17 orang
-SPM : 96.6% dengan bilangan Perfect Score seramai 6 orang
2.4.1 Pengetua mengharapkan ibu bapa turut berperanan memastikan kejayaan
anak-anak iaitu dengan menyemak buku-buku latihan dan kerja sekolah yang
perlu disiapkan.Ibu bapa juga diharap dapat membelikan buku-buku tambahan dan membantu anak-anak yang lemah dalam pembelajaran.

3. YDP mempengerusikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
3.1 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 9 sesi
2008/2009 oleh En. Zulkifli b Md Pungot
Pencadang : Tn Hj Sulaiman b Hussin
Penyokong : Tn Hj Sulaiman b Sabu
3.2 Pembentangan Penyata Kewangan oleh Pn Chong Wei Lee
Pencadang : Tn Hj Sulaiman b Sabu
Penyokong : Abd Majid b Hasyim

3.3 Pembubaran AJK sesi 2007/2008
Perlantikan pengerusi sementara iaitu Tn Hj Togimat b Yusof
Pencadang : Tn Hj Sulaiman b Hussin
Penyokong : En Muhammad b Jalil

3.4 Perlantikan AJK baru bagi sesi 2008/2010
3.4.1 Pemilihan YDP
1. Tn Hj Mohamamad b Jalil
Pencadang : En Aziz b Mustaffa
Penyokong : Abd Majid b Hasyim
Keputusan: Majoriti memilih Tn Hj Mohammad b Jalil
3.4.2 Pemilihan NYDP
1. En Abd Aziz b Mustaffa
Pencadang : Tn Hj Sulaiman b Sabu
Penyokong : En Mohf Hafiz
2. Tn Hj Sulaiman b Sabu
Pencadang : Tn Hj Sulaiman b Hussin
Penyokong : En Jaidi Rosdi b Jaafar
Keputusan majoriti memilih Tn Hj Sulaiman b Sabu dengan undian 127 orang.
3.4.3 Pemilihan Biro
1. Wakil PGA : Sjn Jaidirozdi b Hj Jaafar
2. Biro Biro Agama/ Moral : En Zakaria b Dollah
3. Biro Kokurikulum : Tn Hj Saat Keliwon
4.Biro Ekonomi : En Sahrom b Pardi
5. Wakil India (Kouta Guru) : Pn Ambika Devi a/p KC Raman
6.Wakil Cina : En Low Wee Soon
7. Tugas-Tugas Khas : En Abd Aziz b Mustafa
4. Pembentangan Usul-Usul
4.1 Sumbangan 1 keluarga 1 al-Quran
4.2 Kutipan dana RM2 setiap keluarga untuk sumbangan kepada pelajar Perfect Score (Keseluruhan A bagi semua matapelajaran yang diambil)
Kutipan dana RM 2 setiap keluarga sebulan sekali akan dibincangkan dalam mesyuarat PIBG 2008/2009
4.3 1 pelajar 1 buku
4.4 Bagi pelajar yang menunggang motosikal pihak sekolah hanya bertanggungjawab semasa di dalam kawasan sekolah sahaja

4.5. Mesyuarat sebulat suara memutuskan:

Penyimpan Wang Dana Terkumpul

Bank: Malayan Banking Berhad
No Akaun: 501196307344
Nama Pemegang: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK SIMPANG RENGAM

4.6. Jawatankuasa Kewangan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus kewangan ialah:

Yang Di Pertua Tn Hj Mohamad b Jalil (530828-01-5594)
Setiausaha Kehormat: En Zulkifli b Hj Md Pungot (680727-01-5185)
Bendahari Kehormat: Pn Riyanti b Tumin (780307-01-6200)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah


Disediakan oleh
………………
ZULKIFLI B HJ MD PUNGOT
Setiausaha Kehormat PIBG SMK Simpang Rengam H/P: 019-7412493











SENARAI AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PIBG SMKSR SESI 2008/2010

BIL
NAMA
NO. K/P
JAWATAN
NO. TEL
CATATAN
1.
Pn. Hjh Rohani bt Bakar
530828-01-5594
Penasihat/Pengetua
07-7558012
013-7727367

2.
Tn. Hj. Mohamad b. Jalil

630804-01-6195
Yang DiPertua
019-7468689

3.
Tn. Hj Sulaiman b. Sabu

580509-07-5317
Naib Yang DiPertua
012-7831380

4.
En. Zulkifli b. Md Pungot
680727-01-5185
Setiausaha Kehormat
019-7412493
07-7559580

5.
Pn. Riyanti bt Tumin

780307-01-6200
Bendahari Kehormat
019-7428680

6.
Pn. Zakiah bt Hassan

781206-03-5474
Naib Setiausaha
019-7718533

7
Kurotol Aini bt Muhd Mukhtar

640310-08-6686
Penolong Bendahari
017-7206508

8.
Pn. Rushizah bt Basir
610419-10-6006
Biro Akademik & Kecemerlangan Pelajar
013-7233787
07-7553738

9.
Tn. Hj Zakaria b. Dollah
570120-06-5429

Biro Akademik & Kecemerlangan Pelajar
019-7313929

10.
En. Abd Taib b. Abu Bakar
620316-01-5102
Biro Kokurikulum
013-7322576
07-7556829

11.
En Jaidirozdi b Hj Jaafar

RF98611
Biro Kokurikulum
019-7748611

12.
Ust Mohd Khairol Fa’izi b. Abd Hamid
681128-01-5711
Biro Agama & Kebajikan
013-7762603

13.
Tn Hj. Saat b. Keliwon
470727-01-5745
Biro Agama & Kebajikan
012-7302028
07-7559760

14.
En. Hanafi b. Jasman
640621-01-6001
Biro Permuafakatan & Kemasyarakatan
013-7446365

15.
En. Low Wee Soon
610114-01-6229
Biro Permuafakatan & Kemasyarakatan
016-7048007
07-7553977

16.
En. Paimin @ Abdul Halim b. A. Jalil
530315-01-5927
Biro Disiplin & Hal Ehwal Murid
013-7262832

17.
En. Mohd Sahrun b. Pardi
640325-01-6269
Biro Disiplin & Hal Ehwal Murid
07-7557730
016-7544694

18.
Pn Ambika Devi a/p KC Raman

Biro Keceriaan/Prasarana & Pembangunan


19.
En En Abd Aziz b Mustafa
540304-04-5089
Biro Keceriaan/Prasarana & Pembangunan
013-7253380
07-7525659

20.
En. Subri b. Bani

590307-01-5577
Pemeriksa Kira-kira 1
013-7494946

21.
Pn. Salrafiahhasliza bt Salleh
791024-05-5588
Pemeriksa Kira-kira 2
013-2522926


Disediakan oleh
………………
ZULKIFLI B HJ MD PUNGOT
Setiausaha Kehormat PIBG SMK Simpang Rengam H/P: 019-7412493